Thursday, February 17, 2011

Kopi Pasta 15: Main bola sepak atau main sepak kaki?


Kome ni main sepak bola ke main sepak kaki. Patah riuk, peha koyak haish seram mak. lulz Mungkin ini lah salah satu punca kenapa gaji para pemain professional mahal. Untuk bayar ongkos rawatan dokter pakar beb. So, jangan mempertikaikan main bola adalah pekerjaan yang tidak membahaya. kehkehkeh


1) Eduardo Da Silva
Perlawanan yang berlangsung pada Februari 2008, semasa bermain untuk Arsenal, Eduardo Da Silva menerima satu terjahan kasar dari pemain pertahanan Brmingham City, Martin Taylor yang serta-merta dibuang padang. Da Silva patah fibula kiri dan buku lalinya cedera teruk. Setahun kemudian, beliau menyarung semula jersi Arsenal setelah sembuh sepenuhnya.


2) David Busst
Semasa perlawanan di Old Trafford pada April 1996, pemain pertahanan 'the Coventry' David Busst bertembung dengan pemain Machester United, Denis Irwin. Akibatnya, Busst mengalami patah kaki kiri sehingga tulang ketingnya menembusi kulit. Kecederaanya begitu teruk sehingga beliau dijangka tidak boleh bermain bola secara professional lagi. Penjaga gol Manchester United pada ketika itu, Peter Schmeichel, yang menyaksikan pertembungan itu terpaksa dikaunseling sejurus perlawan berakhir.


3) Francesco Totti
Pada 19 Februari 2006, semasa bermain untuk Italian Championship menentang Empoli FC, Fancesso Totti mengalami kecederaan kaki yang serius, fracture di fibula kaki kiri, dan putus beberapa ligamen. Pada malam kejadian itu juga dia dioperate.


4) Jacob Olesen
Penyerang Jacob Olesen menderita beberapa kecederaan dan perubahan kedudukan tulang di kaki kirinya pada perlawanan October 2006. Beliau terpaksa berehat panjang selama 6 bulan.

5) Ewald Lienen
Kecederaan teruk yang dialami pemain tengah pasukan Jerman, Ewald Lienen pada kaki kanannya disebabkan sliding tackle oleh pemain pertahanan Werder Bremen semasa perlawanan pada tahun 1981.


6) Henrik Larsson
Henrik Larrson terpaksa berehat selama 8 bulan kerana patah kaki kiri pada 1999. Kecederaan ini menyebabkan beliau diramal sukar kembali ke kancah bola sepak. Namun, beliau pulih sepenuhnya dan kembali beraksi untuk Eurocup pada tahun 2000.


7) Luciano Almeida
Pemain Brazil, Luciano Almeida mengalami beberapa kecederaan semasa perlawanan antara Botafogo dan Flamengo pada tahun 2007. Beliau terpaksa direhatkan selama 5 bulan untuk sembuh sepenuhnya.


8) Inigo Diaz De Cerio
Pada 2008, pemain Sepanyol Inigo Diaz De Cerio mengalami kecederaan yang serius semasa bertembung dengan penjaga gol SD Elbar, Zigor. Beliau mengalami fracture pada tibia dan fibula kaki sebelah kanan. Selepas membuat pembedahan, beliau sembuh seperti sediakala dan kembali ke atas padang selepas setahun.


9) Luc Nilis
Hanya selepas 4 minit perlawanan, pemain penyerang Belgium, Luc Nilis mengalami fracture berganda di lutut kanan semasa bertembung dengan penjaga gol Ipswich Town, Richard Wright pada tahun 2000. Disebabkan kecederaan itu, Luc Nilis terpaksa bersara dari arena bola sepak. Sadis sial!


10) Djibril Cisse
Imej di atas menunjukkan Djibril Cisse patah kaki kanan setelah ditackle secara kasar oleh pemain pertahanan Shandong Luneng. Ianya berlaku semasa perlawanan persahabatan di Saint Etienne, Perancis pada tahun 2006.


12) Edgar Andrade
Insiden ini berlaku semasa perlawanan antara pasukan Cruz Azul dan Tecos UAG pada tahun Jun 2007. Pemain Mexico, Edgar Andrade mengalami fracture yang begitu teruk dan kakinya kanannya seolah berpusing semasa perebutan bola dengan pasukan lawan. Setelah beberapa bulan, beliau sembuh dari kecederaan dan kembali beraksi.

Dikopi pasta dari: Gempak.org

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...